Home » Bosnia and Herzegovina » GISBH SERTAI PERSIDANGAN MEJA BULAT

GISBH SERTAI PERSIDANGAN MEJA BULAT

Pada 26 September 2019, satu Persidangan Meja Bulat dalam sesi sebelah petang di Sarajevo Halal Fair 2019 bertempat di Sarajevo, Bosnia-Herzogovina, CEO GISBH YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan Ybhg COO GISBH Tuan Hasnan Abdul Hamid menjadi wakil Malaysia terlibat di dalam berbincangan meja bulat yang turut disertai oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasutionbin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) sebagai ketua delegasi Malaysia bersama syarikat-syarikat Malaysia dan Bosnia-Herzegovina.

Dalam kata-kata pembukaan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail sewaktu perbincangan meja bulat tersebut, beliau mempromosi GISBH selaku syarikat yang telah berjaya membuka perniagaan di Bosnia-Herzogovina dan berjaya di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Penyertaan GISBH sebagai satu syarikat bertaraf dunia mendapat perhatian pelbagai negara termasuk Bosnia-Herzogovina menjadikan GISBH sebagai Gold Sponsor untuk acara Sarajevo Halal Fair kali ini, sekaligus mengharumkan nama Malaysia sebagai negara yang menghasilkan produk halal, membuka rangkaian restoran dan perniagaan yang mengikut Syaiat Islam.