Home » Bosnia and Herzegovina » MENINGGAL SELESAI SARAJEVO HALAL FAIR

MENINGGAL SELESAI SARAJEVO HALAL FAIR

Presiden PPIPBM, Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, Datuk Nurammar Abu Bakar meninggal dunia pada usia 48 tahun di Sarajevo, Bosnia pada 30 September 2019 baru-baru ini.

Allahyarham berada di Sarajevo untuk menghadiri Sarajevo Halal Fair 2019 bersama delegasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Allahyarham di jemput Ilahi di hotel penginapannya di Sarajevo petang semalam waktu Bosnia selepas dipercayai terkena serangan jantung.

Allahyarham Datuk Nurammar merupakan kenalan yang rapat dengan CEO GISBH, Dato’ Lokman Hakim Pfordten, pernah sama-sama menghadiri satu forum di Sarajevo pada bulan April yang lalu.

Berikut adalah gambar Allahyarham bersama-sama dengan para Ahli Lembaga Pengarah GISBH semasa mengikuti Sarajevo Halal Fair 2019 yang berlangsung dari 26 hingga 28 September 2019.