Home » Bosnia and Herzegovina » GISBH TERIMA ANUGERAH DI SARAJEVO

GISBH TERIMA ANUGERAH DI SARAJEVO

Pada 28 September 2019, hari penutup bagi Sarajevo Halal Fair 2019, CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten mewakili syarikat GISBH untuk menerima anugerah yang dinamakan “Award For Remarkable Contribution To The Global Halal Industry ”.

Penganugerahan telah berlangsung di Pentas Utama, Dewan Ekspo Skenderija.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) bergembira dan bangga dengan penganugerahan “Award For Remarkable Contribution To The Global Halal Industry ” kepada GISBH kerana ia merupakan satu pengiktirafan kepada sebuah syarikat dari Malaysia sambil memegang anugerah tersebut bersama CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten.

Sewaktu sesi bergambar CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten diapit oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan TYT Duta Besar Malaysia ke Bosnia- Herzogovina, En Zakri Jaafar.