Home » Jerman » Frankfurt » PEMBUKAAN RESTORAN GISBH DI JERMAN

PEMBUKAAN RESTORAN GISBH DI JERMAN

Pada tanggal 26 Jun 2020 bersamaan hari Jumaat 1441 Hijrah sebuah lagi restoran GISBH iaitu di Jerman kini mula beroperasi secara rasminya. Restoran yang diberi nama Nur Muhammad Maintal, Jerman kini sudah dibuka untuk memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat setempat khususnya buat warga Malaysia yang menetap di Frankfurt ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH iaitu YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali selaku Pengarah GISBH Turki/Eropah telah menamakan restoran ini dengan nama Nur Muhammad. Menariknya di sebalik makna yang tersirat di dalam Bahasa Jerman yang membawa maksud “hanya Muhammad” telah pun mendapat perhatian masyarakat setempat.

Pembukaan Restoran Nur Muhammad pasti dinantikan masyarakat setempat apatah lagi rakyat Malaysia di Fankfurt kerana ia merupakan satu-satunya restoran Malaysia yang halal dan diyakini di kawasan Maintal ini.

Restoran yang memiliki 1 ruang dewan dan boleh memuatkan sekitar 70 hingga 100 org dalam 1 masa, juga menyediakan kemudahan serta sangat mudah di akses berikutan pengangkutan awamnya yang tersedia memudahkan untuk ke restoran ini.

Semoga pembukaan restoran ini dan restoran GISBH yang lainnya terus memberi manfaat buat masyarakat.