Home » Malaysia » Kuala Lumpur » GISBH MENAIK TARAF SURAU DAN SEDIAKAN KATERING DI IBUPEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA

GISBH MENAIK TARAF SURAU DAN SEDIAKAN KATERING DI IBUPEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA

Pada 25 Januari 2021 atas panduan Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah menyusun dan memandu Unit Pembangunan GISB Holdings untuk menaik taraf Surau di tingkat Bahagian Unit Gerakan Khas, di Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Unit Pembangunan GISBH yang diketuai oleh YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten sendiri sangat mengambil tanggungjawab dalam hendak memastikan setiap kerja dibuat menepati piawaian yang ditetapkan.

Antara yang dinaik taraf ialah siling surau, penambahan mihrab, kawasan wudhuk dan pemasangan karpet baru. Masa yang diberikan untuk menyiapkan surau tersebut selama 1 minggu seperti yang dibincangkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak Bukit Aman. Antara tenaga kerja yang menyiapkan naik taraf surau tersebut ialah dikalangan Remaja Pembela Ummah GISB Holdings. Wakil Pegawai Bukit Aman sangat mengagumi hasil kerja yang pihak GISB Holdings hasilkan.

Sehubungan itu, pada 2 Februari 2021 pihak GISBH telah diberi kepercayaan oleh pihak Bukit Aman untuk menyediakan jamuan makan tengahari bagi meraikan Majlis Lawatan dan Amanat YDH Tan Sri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara ke Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Bukit Aman. Atas panduan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ikhwan Delights Sungai Penchala diberi tanggungjawab utk menyediakan jamuan makan tengahari dengan anggaran sebanyak 50 bungkus.

Sebelum makanan yang siap dibungkus dibawa ke Bukit Aman, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten sendiri telah mencuba semua menu yang disediakan.

Maklumbalas dari Bukit Aman mengatakan sangat terhibur dengan makanan yang dihidangkan oleh GISB Holdings. Tuan Nizam yang merupakan kenalan rapat YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten berkata kepada rakan-rakannya bahawa “staf GISB kalau marah pun senyum, selepas itu siap minta maaf dengan kita”, begitulah para staf GISBH diajar untuk berkhidmat dan berakhlak kepada manusia.

Susulan dari itu pada 11 Februari 2021, Restoran GISBH Ikhwan Delights di Sungai Penchala sekali lagi diberi kepercayaan untuk menyediakan katering seramai 55 orang bersempena majlis yang disediakan di Bukit Aman. Katering tersebut turut dihantar ke Bukit Aman dengan diiringi oleh wakil Cawangan Khas, Polis diRaja Malaysia, Bukit Aman.

Tuan Eddy yang merupakan kenalan rapat YH Lokman Hakim Pfordten Ketika mengiringi staf GISB Holdings pulang mengatakan makanan yang dihidangkan sedap, dan mencukupi untuk semua yang hadir.