Home » Malaysia » Kuala Lumpur » GISBH TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PERNIAGAAN GAYA HIDUP ISLAM DI MALAM AMAL MYMALAYSIA 2021

GISBH TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PERNIAGAAN GAYA HIDUP ISLAM DI MALAM AMAL MYMALAYSIA 2021

Pada 25 November 2021, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd., YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten adalah antara penerima anugerah khas dalam majlis Malam Amal MyMalaysia Awards 2021 dalam kategori Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Gaya Hidup Islam (Islamic Lifestyle Excellence Business Award).

Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bertempat di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten menerima anugerah tersebut dari YBhg. Tuan Muslimin Bin Yahya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

GISB Holdings Sdn. Bhd. adalah antara syarikat-syarikat tempatan Malaysia dalam beberapa kategori yang dicalonkan kerana kecemerlangan syarikat yang mempamerkan pencapaian teladan dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), patriotisma, kepimpinan, khidmat masyarakat dan aktiviti perniagaan yang berjaya dan berwibawa.

Selain daripada anugerah yang GISB Holdings Sdn Bhd terima iaitu Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Gaya Hidup Islam Islam (Islamic Lifestyle Excellence Business Award), terdapat kategori lain diterima oleh beberapa syarikat Malaysia termasuk Anugerah Kecemerlangan Komuniti Service, Automotif, Pendidikan Keusahawanan, Media Berinformasi, Informasi Kewangan dan Aktivitis Prihatin.

Dengan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Gaya Hidup Islam Islam (Islamic Lifestyle Excellence Business Award) tersebut, GISB Holdings diiktiraf sebagai syarikat Islam yang menjadi model untuk membawa kebaikan dan manfaat kepada negara malah kepada dunia sebagai satu syarikat yang berwibawa dan berketerampilan.