Home » Malaysia » Kuala Lumpur » KUNJUNGAN TUN DR. MAHATHIR KE RESTORAN IKHWAN DELIGHTS SG. PENCHALA

KUNJUNGAN TUN DR. MAHATHIR KE RESTORAN IKHWAN DELIGHTS SG. PENCHALA

Pada 3 Januari 2021, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr. Siti Hasmah dan Dato’ Abdul Malik Mydin telah berkunjung ke Restoran Ikhwan Delights, Sungai Penchala, Damansara untuk menjamu selera makan dan minum petang serta beramah mesra bersama wakil GISBH iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan Ketua Pegawai Operasi, YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali.

YH Dato’ Lokman Hakim sempat bercerita kepada beliau perkembangan dan pencapaian terkini GISBH di seluruh dunia seperti rangkaian 118 buah restoran dan 64 buah bakeri. Tun juga berminat apabila YH Dato’ Lokman Hakim menyentuh tentang penanaman 200 ekar padi GISBH di Tebu Hitam, Rompin dan 25 ekar sayur-sayuran di Selangor Food Valley, Bestari Jaya. Tun Dr. Mahathir mencadangkan agar dipelbagaikan jenis-jenis sayur agar jika berlaku lambakan sayur tertentu, kita mempunyai banyak jenis sayur yang lain untuk pasaran.

YH Dato’ Lokman Hakim juga menceritakan keberadaan GISBH di bandar-bandar dengan mewujudkan 22 buah bandar kecil di seluruh Malaysia dengan PPI BCH (Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes) Rawang sebagai ibupejabat.

Tun Dr. Mahathir menoleh kepada Dato’ Abdul Malik, “Kena ziarah ni!”

Rupanya Tun Dr. Mahathir juga ada mewujudkan sebuah penempatan untuk orang Melayu dengan mengekalkan rumah bercirikan bercirikan tradisional berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Tun Dr. Mahathir mengatakan kedai cantik dan bersih, orang Melayu susah nak ada kedai macam ini, agaknya sampai tahun 3000 pun masih berniaga tepi jalan.

GISBH tampil dengan bandar-bandar kecil Islam sebagai contoh kepada masyarakat Melayu Islam yang tidak mempunyai bandar di bandar-bandar besar sedangkan orang Cina ada bandar, orang India ada bandar malah orang Bangladesh yang merupakan warga pekerja asing pun punyai bandar di Malaysia.

Di Restoran Ikhwan Delights Tun Dr. Mahathir kelihatan selesa dan berselera menikmati sebahagian daripada menu hidangan seperti mushroom soup dan lempeng sambal. Tun Dr. Mahathir turut membungkus nasi beriani Karachi kambing dan ayam.

Beliau meluangkan masa selama 1 jam di Restoran Ikhwan Delights dan menandatangani buku pelawat serta bergambar beramai-ramai dengan para staf restoran.

Carian Terkini:

  • Ikhwan delight sungai penchala