Home » Malaysia » Kuala Lumpur » CEO GISBH DIJEMPUT KE MAJLIS MOA MOFAZ-TV ALHIJRAH

CEO GISBH DIJEMPUT KE MAJLIS MOA MOFAZ-TV ALHIJRAH

Pada 3 Julai 2020, GISBH yang diwakili YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten selaku Ketua Pegawai Eksekutif GISBH telah di jemput oleh Tuan Haji Fauzi, Presiden Kumpulan Mofaz untuk hadir menyaksikan sebuah majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kumpulan Mofaz Sdn Bhd dan Alhijrah Media Corporation (TV Alhijrah) untuk sebuah rancangan yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Mofaz iaitu rancangan MY#QuranTime untuk tempoh dua tahun di Wisma Mofaz, Damansara, Kuala Lumpur.

Rancangan yang bersiaran Di TV Alhijrah itu telah mendapat sambutan luar biasa sehingga ke peringkat antarabangsa dengan jumlah tontonan mencecah 2.1 juta orang sepanjang Jun 2020. Ini adalah merupakan diantara pencapaian yang terbaik dalam sejarah TV Al Hijrah sejak mula bersiaran.

Dalam sidang media ini Tuan Haji Fauzi telah mempromosikan GISBH kepada semua yang hadir dengan menyatakan bahawa GISBH adalah sebuah syarikat tanpa publisiti meluas tetapi berkembang pesat dan maju sehingga ke peringkat antarabangsa dan menjadi inspirasi khasnya kepada orang melayu beragama Islam.

Sebelum itu Pengarah Strategi Kumpulan MOFAZ iaitu Dato’ Zul juga turut mempromosikan GISBH di dalam ucapan aluan beliau. Ujarnya GISBH telah banyak membantu MOFAZ Group khususnya sewaktu di program Samara Halal Day di Samara, Rusia pada bulan Oktober tahun lalu.

Majlis diakhiri dengan majlis jamuan makan. Tuan Haji Fauzi menjemput YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten bersama Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harrisyang tidak asing lagi menjadi kenalan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH. Juga turut sama ialah beberapa orang ustaz selebriti TV Al Hijrah.

KumpulanMofaz bersama TV Al Hijrah akan mengadakan Road Tour Karnival β€œMy Quran Time” ke seluruh negara. Menjadi harapanTuan Haji Fauzi melalui karnival tersebut, Al Quran dapat diterjemahkan di dalam kehidupan, dan mengharapkan GISBH dapat menjadirakan strategik yang utama dalam menjayakan hasrat murni ini.