Home » Malaysia » PERTEMUAN KASIH SAYANG KETUA MENTERI MELAKA DENGAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT GISBH

PERTEMUAN KASIH SAYANG KETUA MENTERI MELAKA DENGAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT GISBH

Satu pertemuan barisan Ahli Lembaga Penasihat GISBH bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman Md Ali yang menjadi hasrat Pengerusi Lembaga Penasihat GISB Holdings Sdn. Bhd, YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk bersemuka secara langsung dengan beliau di sebuah resort yang dikendalikan sepenuhnya oleh GISBH.

Pertemuan yang berlangsung pada jam 6.30 petang itu diadakan di Saza Beach Villa and Resort pada 11 Jun 2020 baru-baru ini merupakan pertemuan yang dijanjikan namun YAB Datuk Menteri Melaka dan rombongan tiba lebih awal dari masa yang dijadualkan.

Pertemuan yang dibuat dengan suasana ringkas dan santai itu dihadiri sebahagian dari Ahli Lembaga Penasihat Syarikat GISB Holdings Sdn.Bhd. antaranya YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali, YH Dato Lokman Hakim Pfordten, YBhg. Tuan Nik Hazani Nik Muhammad, YBhg. Tuan Hasnan Abdul Hamid dan YBhg. Tuan Fadhil Yassin yang memperkenalkan dan membincangkan beberapa hal berkaitan syarikat GISBH.

Turut diterangkan oleh kepimpinan Ahli Lembaga Penasihat GISBH tentang dasar syarikat dan pembangunan insan. Hal pembangunan insan adalah lebih utama dan ditekankan di dalam syarikat GISBH, supaya pembangunan insaniah terbangun selari pembangunan material dan bukanlah berkenaan peluang untuk kerajaan membantu syarikat GISBH dengan memohon tawaran projek-projek dan sebagainya.

Pertemuan yang penuh kasih sayang itu berakhir dengan pemberian cenderahati dari pihak GISBH sebelum YAB Datuk Sulaiman Md Ali memohon mengundurkan diri untuk pulang.