Home » Malaysia » SATU LAGI IKHWAN MART DIBUKA DI MELAKA

SATU LAGI IKHWAN MART DIBUKA DI MELAKA

Pada pagi Jumaat 26 Feb 2021 bersamaan 14 Rejab 1442 Hijrah, satu lagi rangkaian perniagaan di bawah GISB Holdings iaitu Ikhwan Mart dibuka di dalam bandar Alor Gajah, Melaka. Ikhwan Mart ini merupakan premis perniagaan runcit GISBH yang ke 3 di negeri Melaka. Dua buah lagi terletak masing-masing di Krubong Perdana dan Lubok China.

Majlis Pemotongan reben simbolik perasmian telah dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali disertai bersama Tuan Nik Hazani, Pengarah GISBH Johor serta Tuan Fadhil Yasin, Pengarah GISBH Melaka dan juga tetamu kehormat Dr Amir Ali, CEO Melaka Halal Hub.

Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Hj Othman, seorang pengusaha yang mempunyai 7 buah kilang, Tuan Hj Mutalib, kedua-duanya dari team Melaka Halal Hub, Tuan Hj Darus, pengusaha Sabak Arang dari Kuala Linggi Melaka dan sahabatnya Kolonel Khairuddin.

Antara yang hadir juga abang kepada Dato’ Hj Ujad Abu Bakar, CEO Jad Travel dan Dr Endry, pemilik tanah Pusat Latihan RPU di Labu Lanjut.

Perasmian diteruskan dengan Tuan Nasir menandatangani plak perasmian dan sesi lawatan ke seluruh premis Ikhwan Mart tersebut. Tuan Nasir melawat ke semua sudut hingga ke tandas premis sambil memberi panduan dan teguran untuk penambahbaikan.

Alhamdulillah, pelanggan telah mula berdatangan di hari pertama perasmian, moga ianya berterusan dan Allah bantu GISBH dan pengusaha Muslim terus mengeluarkan produk yang berkualiti, tepat dengan kehendak syariat Islam dan cukup untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Ikhwan Mart Alor Gajah yang baru dirasmikan ini terletak di alamat AG 4570, Jalan Besar, 78000 Alor Gajah, Melaka beroperasi dari jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari.