Home » Malaysia » GISBH NEGERI SEMBILAN BUKA 2 LAGI PREMIS BARU SEMPENA MAULIDURRASUL 1442 HIJRAH

GISBH NEGERI SEMBILAN BUKA 2 LAGI PREMIS BARU SEMPENA MAULIDURRASUL 1442 HIJRAH

Sempena menyambut Maulidurrasul atau Hari Kelahiran Baginda Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal, 1442 Hijrah, GISB Holdings cawangan Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan telah melangsungkan Majlis Perasmian dua buah premisnya iaitu Ikhwan Distributor dan Pusat Rawatan Ikhwan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Negeri Sembilan merangkap Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Ybhg. Tuan Mohd. Fadhil Yasin.

Program dimulakan tengah perasmian premis perniagaan Ikhwan Distributor yang mempunyai aset terbaharu iaitu sebanyak 2 biji kenderaanย  dan jugaย  telah turut dirasmikan.ย  Terdapat juga projek bagi menambah produk Ikhwan iaitu pembungkusan rempah ratus oleh Ikhwan Distributor.

Majlis seterusnya ialah perasmian Pusat Rawatan Ikhwan Enstek selepas pemotongan riben simbolik perasmian juga ditandatangani plak perasmian oleh Pengarah Zon Negeri Sembilan, Ybhg. Tuan Mohd. Fadhil Yasin dengan diselangi demontrasi Perkhidmatan Ambulans GISB Holdings.

Pusat Rawatan Ikhwan Enstek ini menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan antaranya rawatan ikhwan, rawatan akupuntur, bekam, homeopathy, berurut dan beberapa rawatan moden.

Antara hasrat Ybhg. Tuan Mohd. Fadhil Yasin adalah untuk dikemaskan lagi sistem pendaftaran masuk ke Pusat Rawatan dengan mencetak nombor giliran bersama skrin nombor giliran serta penyediaan TV bagi menayangkan IkhwanTV pari kemudahan para tetamu yang hadhir mendapatkan rawatan.