Home » Ambulan » SATU LAGI RANGKAIAN IKHWAN MART DAN AMBULAN MILIK GISBH DIRASMIKAN DI BANDAR ENSTEK

SATU LAGI RANGKAIAN IKHWAN MART DAN AMBULAN MILIK GISBH DIRASMIKAN DI BANDAR ENSTEK

 

Pada 4 Julai 2020 menjadi tarikh bersejarah apabila cawangan Ikhwan Mart yang ke-76 di Bandar Enstek, Sepang secara rasminya telah dibuka.

Majlis perasmian Ikhwan Mart Enstek ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH iaitu YBhg. Tuan Nasiruddin Muhammad Ali dan YBhg. Tuan Muhammad Fadhil bin Yasin selaku Pengarah GISBH Zon Negeri Sembilan, Selangor serta 6 Zon dibawah pimpinan beliau.

Turut hadhir di majlis perasmian ini ialah YBhg. Puan Azura Md Yusof selaku Timbalan Ketua Muslimah GISBH dan YBhg.Tuan Adib Attamimi Ketua Remaja Pembela Ummah (RPU) serta para tetamu.

Perasmian Ikhwan Mart dimulakan dengan pemotongan reben bagi melepaskan belon ke udara sebagai simbolik perasmian. Seterusnya YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali menandatangani plak perasmian sebelum meninjau suasana Ikhwan Mart Enstek.

Majlis diteruskan lagi dengan perasmian sebuah lagi ambulan milik GISBH jenama Evico dengan design yang terkini. Atas panduan YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali, perasmian ambulan dimeriahkan dengan gimik pertunjukan Latihan Simulasi yang dipersembahkan oleh petugas perkhidmatan ambulan.

Perasmian berakhir dengan para tetamu dibawa meninjau premis perniagaan yang terdapat di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.