Home » Malaysia » PENAMBAHAN TRAKTOR KUBOTA DI LBDI REMBAU

PENAMBAHAN TRAKTOR KUBOTA DI LBDI REMBAU

NEGERI SEMBILAN:
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, sebuah Traktor Kubota telah dibeli bagi menambahkan aset untuk keperluan aktiviti pertanian di Lembah Berkat Dato’ Ibu Rembau, Negeri SembilanΒ  merupakan sebuah ladang pertanian yang diusahakan GISB Holdings Sdn.Bhd.

Traktor jenis Kubota 20hp, model L1802DT ini dibeli dengan nilaian sebanyak RM20,600 yang menggunakan enjin D1102-08285 dengan teknologi Jepun, menggunakan bahan bakar diesel dan akan digunakan bagi melancarkan lagi aktiviti pertanian yang sedang diusahakan disini.

Lembah Berkat Dato’ Ibu di Rembau yang dibuat semula perjanjian bersama pemiliknya untuk kegunaan tanah pada September tahun lalu kini sedang diusahakan projek pertanian dengan penanaman sayuran seluas 6 ekar. Juga turut dibangunkan projek penternakan dimulakan dengan penternakan ayam. Sebanyak 3 reban ayam dibangunkan untuk permulaan ini dan boleh menempatkan sebanyak 2,000 ekor. Reban seluas 16x 40 kaki, 16x 35 kaki dan 16×55 kaki dibuat dalam sebuah bangunan dibahagi kepada 3 ruangan.

YBhg. Tuan Mohd Fadhil Yassin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat GISBH juga selaku Pengara h Zon Negeri Sembilan telah mengatur beberapa perancangan untuk mengusahakan tanah LBDI Rembau disini.

Tanah seluas 15 ekar ini masih belum digunakan sepenuhnya dan sedang direncanakan beberapa cadangan untuk kerja-kerja pembangunan, pertanian dan penternakan.

Para Remaja yang bertugas disini bukan sahaja dilatih tenaga kemahiran, tetapi yang sangat dititikberatkan adalah hal insaniah dalam diri mereka, memperhalusi hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia agar pembangunan insaniah dan material selari menuju ke sasaran.

Carian Terkini:

  • Aset gisbh