Home » Malaysia » GISBH BUKA SATU LAGI PASAR RAYA IKHWAN YANG KE 3 DI PERAK

GISBH BUKA SATU LAGI PASAR RAYA IKHWAN YANG KE 3 DI PERAK

Bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah sebagai usaha melengkapkan keperluan asas masyarakat, GISB Holdings Sdn. Bhd.ย  membuka satu lagi Pasar Raya Ikhwan di bandar Seri Manjung, Perak yang dahulunya dikenali sebagai Rapid Mall.

Ini adalah merupakan pembukaan Pasaraya Ikhwan cawangan ke 3 , selepas Pasar Raya Ikhwan Sungai Buloh, Selangor dan Pasar Raya Ikhwan Keda Mall, Kulim, Kedah. Keperluan masyarakat terhadap produk keluaran Muslim sangat tinggi. Susulan dari itu, sebuah Pasar Raya Ikhwan terbaru milik GISB Holdings telah dirasmikan di Seri Manjung, Perak pada 25 Oktober 2020 menggantikan pasar raya milik Rapid Synergy Sdn. Bhd yang baru sahaja menamatkan operasinya pada awal bulan Jun lalu.

Berkonsepkan pusat membeli patuh Syariah, Pasar Raya Ikhwan Seri Manjung ini diubahsuai mengikut hasrat Ybhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali selaku Pengerusi Eksekutif GISBH untuk dibina premis- premis perniagaan milik GISBH seperti Medan Selera Ikhwan, Restoran GH Corner, Galeri Ikhwan, Serbaneka Ikhwan, Ikhwan Bakery dan lain-lainnya.

Selain dari itu sebuah surau dibina lengkap dengan ruang solat yang luas dan selesa bersama kemudahan tempat berwudhu ditadbir dan diselenggarakan berkonsep patuh Syariah.

Kerja membaik pulih setiap bahagian kelengkapan pasar raya dan kerja-kerja naik taraf sebelum ini dijalankan oleh kontraktor GISBH dengan dibantu oleh pasukan Remaja Pembela Ummah (RPU) yang diwujudkan oleh Ybhg Tuan Adib At-Tamimi selaku Ketua RPU.

Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh kumpulan RPU ini dapat mempercepatkan lagi proses persiapan pasar raya ini. Antara perkara yang dilihat ialah susun atur pasar raya, penyambungan elektrik, sistem penyaman udara, sistem pemadam api, sistem pemprosesan data, kamera litar tertutup, kelengkapan pasar raya seperti rak , gondola, peti sejuk, dan lain. Kerja yang dilakukan secara gotong-royong disini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu kemahiran baru dan pengalaman berharga buat pasukan RPU ini sebagai latihan untuk terus berbakti kepada masyarakat dimasa akan datang.

Pasar Raya Ikhwan Seri Manjung berkeluasan lebih 36,000 kaki persegi ini merupakan pasaraya besar yang ketiga milik GISB Holdings Sdn. Bhd. Ini adalah kesinambungan dari pembukaan Pasar Raya Ikhwan kedua GISBH di Kulim, Kedah pada Ogos yang lalu. Satu perkembangan yang yang luarbiasa diwaktu suasana Pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, GISBH mengorak langkah menambah rangkaian cawangan pasar raya berkapasiti besar disamping rangkaian Ikhwan Mart, restoran dan pelbagai premis perniagaan yang sudah sedia ada diseluruh Malaysia dan di 15 buah negara lainnya.

Selain keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan barangan keperluan lain, pasaraya ini juga diharapkan menjadi pusat pengumpulan dan jualan bagi produk halal keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) oleh para pengusaha Muslim tempatan. Ia juga turut memberi tumpuan kepada jualan barangan basah seperti daging, ayam, ikan, produk hasilan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang akan dipastikan kebersihan, kesegaran dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Produk keluaran GISBH dengan jenama IKHWAN dijangka dapat dipasarkan sebanyak-banyaknya di sini sesuai dengan permintaan masyarakat terhadap produk keluaran GISBH.

Carian Terkini:

  • pasa raya ikhwan
  • PASARAYA IKHWAN CATALOG