Home » Malaysia » IKHWAN DELIGHTS DIPILIH TEMPAT KERAIAN OLEH GABUNGAN PARTI SARAWAK

IKHWAN DELIGHTS DIPILIH TEMPAT KERAIAN OLEH GABUNGAN PARTI SARAWAK

Ikhwan Delights Miri telah mendapat tempahan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 5 Julai 2020 yang lalu bagi acara Majlis Makan Tengahari Bersama YB Lukanisman Awang Sauni. Majlis ini diadakan adalah bagi meraikan kejayaan GPS menganjurkan Majlis Amal Masyarakat yang telah diadakan pada Oktober tahun lepas di Piasau, Sarawak.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Biro Kebajikan Parti Pesaka Bumiputra (PPB) yang juga merupakan parti komponen didalam GPS selain parti Sarawak Unity People Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Progressive Democratic Party (PDP). Pasukan utama GPS telah hadir sama didalam majlis yang diraikan di Ikhwan Delights Miri yang merupakan premis perniagaan milik GISB Holdings di Sarawak.

Tuan Haji Masni Haji Amit, Naib Pengerusi Parti Pesaka Bumiputra Miri telah menceritakan kepada kenalan beliau tentang GISB Holdings dan sangat berbesar hati dengan wujudnya Restoran Ikhwan Delights di Miri.

Tuan Haji Masni Bin Haji Amit memilih Ikhwan Delights adalah kerana hampir setiap minggu beliau datang makan di Ikhwan Delights dan beliau berhasrat untuk melakukan majlis keraian dan perjumpaan bagi ahli-ahlinya, menurutnya di sini terdapat pelbagai juadah makanan disediakan disamping suasananya yang tenang. Turut hadir sama adalah Tuan Haji Abu Bakar Haji Hamid, Ketua PPB Cawangan Pujut.

Tetamu seramai 35 orang itu telah diberi taklimat oleh wakil GISBH mengenai syarikat dan turut ditayangkan Profile GISBH kepada semua hadirin.

Semoga mereka yang hadir terhibur kerana itulah yang dihasratkan oleh pimpinan GISBH Borneo iaitu YDH Dato’ Mohd Azral Mohd Noor untuk menghiburkan pelanggan yang datang kerana mereka adalah tetamu yang datangnya membawa rahmat.