Home » Malaysia » 2 LAGI PREMIS GISBH DIBUKA DI SUBANG, SELANGOR

2 LAGI PREMIS GISBH DIBUKA DI SUBANG, SELANGOR

Alhamdulillah atas rahmat dan kasih sayang Allah, 2 buah premis perniagaan Ikhwan dirasmikan di Pusat Perniagaan Ikhwan Subang iaitu Ikhwan Pharmacy dan Ikhwan Mart pada 12 Ogos 2020.

Majlis perasmian ini telah berlangsung bersempena hari kelahiran YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings yang ke-52 baru- baru ini.

Majlis Yang dihadhiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang berjalan mengikut Tatacara Operasi Standard (SOP) di Dewan Perdana Ekhwan Subang ini antaranya dihadhiri oleh Tuan Haji Fauzi Bin Mohamed selaku Pengerusi Kumpulan Mofaz serta isteri, juga turut hadir antaranya Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dato’ Musa, Dato’ Fyzal Fauzi mewakili Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Personaliti TV Pencetus Ummah, PU Azhar Helmi dan PU Thoha serta jemputan yang lainnya.

Di dalam majlis ini turut mengundang sebak seluruh hadirin di dalam ucapan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, mengenangkan pemergian Allahyarham Datuk Rashidi Abdullah, mantan Pengerusi Eksekutif GISBH yang telah pulang ke rahmatullah baru-baru ini.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Akademi Generasi Harapan sepanjang majlis berlangsung.

Ikhwan Pharmacy & Ikhwan Mart Subang yang merupakan premis ke 14 & 15 di Pusat Perniagaan Ikhwan Subang ini diwujudkan atas hasrat YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten & Kepimpinan GISBH untuk memberi khidmat kepada masyarakat, ianya telah di lakukan proses rekabentuk dan ubahsuai oleh Remaja Pembela Ummah sendiri.