Home » Malaysia » DR. BALACHANDRAN DI PERASMIAN SATU LAGI IKHWAN CAFE DI KUALA LUMPUR

DR. BALACHANDRAN DI PERASMIAN SATU LAGI IKHWAN CAFE DI KUALA LUMPUR

Alhamdulillah dengan izin Allah serta keberkatan Baginda Junjungan Mulia Nabi Muhammad (SAW) serta doa para Pimpinan GISBH, pada hari Jumaat bersamaan 14 Ogos 2020 telah diadakan Majlis Perasmian Ikhwan Cafe yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur oleh Ketua Pegawai Eksekutif GISBH- YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten.

Perasmian ini juga adalah bersempena kesyukuran Hari Kelahiran Ketua Pegawai Eksekutif GISBH- YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang ke-52.

Antara tetamu yang hadir di dalam Majlis Perasmian tersebut adalah Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan bersama rombongannya dalam rangka lawatan ke Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Kehadiran Dr. Balachandran dan rakan-rakannya ke Perasmian Ikhwan Cafe Plaza Damas,KL ini adalah tanpa perancangan, tetapi atas jemputan YH Dato’ Lokman Hakim Dr. Balachandran dan rakan-rakanya yang baru tiba di Lapanganterbang KLIA dari Kuala terengganu terus menuju ke Plaza Damas, Sri Hartamas untuk menghadiri majlis perasmian tesebut.

Para tetamu yang sudah pun serba sedikit mengetahui tentang GISBH sangat kagum dengan pencapaian GISBH malah lebih mengagumi sistem yang dijalankan di dalam GISBH sehingga mereka melihat suasana yang semua ahli di dalam GISBH ibarat adik beradik. Malah kemesraan diantara YH Dato’ Lokman dengan Dr. Balachandran dapat dilihat apabila YH Dato’ Lokman telah menyuap makanan ke mulut Dr. Balachandran dan Dr. Balachandran kemudian membalasnya.

YH Dato’ Lokman berkata dengan Dr. Balachandran, “Kita bertemu bukan atas dasar perniagaan. Perniagaan tu nombor yang ke 29, yang utamanya atas dasar persahabatan, kasih sayang dan lain-lain.”

Semoga dengan pembukaan Ikhwan Café di Plaza Damas, Sri Hartamas ini juga akan menjadi salah satu jalan dakwah khususnya di kawasan ini.