Home » Malaysia » GISBH MENERIMA KHAZANAH JASAD SUCI RASULULLAH

GISBH MENERIMA KHAZANAH JASAD SUCI RASULULLAH

Pada 25 November 2021, RPU atau Remaja Pembela Ummah yang dipimpin oleh Ybhg Tuan Adib At-Tamimi bersama Team Ketua Setiausaha Zon-Zon dibawah GISB Holdings telah diberi kepercayaan untuk menjadi wakil Syarikat GISB Holdings untuk menerima barang-barang khazanah Jasad Suci Baginda Mulia Rasulullah SAW.

Atas panduan Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH, menerusi pasukan RPU Bikers yang diberi amanah untuk mengiringi kenderaan khas yang terdiri dari bas dua tingkat dan coaster milik GISBH bagi menerima khazanah Juzuk Suci yang diserahkan kepada GISBH yang dibawa dari Galeri Ar Raudah, Ampang untuk diletakkan di Ruangan Pameran Di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Setibanya di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Barang Khazanah Juzuk Suci Rasul ini telah disambut YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Ybhg Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi GISBH di Galeri pengurusan GISB Holdings.

Khazanah Juzuk Suci Rasulullah yang dipindahkan itu digabungkan dengan replika penceritaan pembinaan Masjid Nabawi hadiah daripada Muzium Madinah, Arab Saudi kepada GISB Holdings Sdn Bhd.