Home » Malaysia » GISBH TERUS HASILKAN SATU LAGI PRODUK IAITU MINYAK MASAK

GISBH TERUS HASILKAN SATU LAGI PRODUK IAITU MINYAK MASAK

GISBH mengorak selangkah lagi dalam menyediakan keperluan untuk masyarakat dengan produk terbaru iaitu Minyak Masak Ikhwan.

Minyak Masak seberat 40 metrik tan ini merupakan kualiti minyak masak yang baik iaitu dengan kualiti CP6.

Ia menyamai dengan minyak masak yang berkualiti dan bergred tinggi di pasaran.

Pada 12 Jun 2020.Proses mengepam minyak yang disalurkan ke tangki simpanan telah dilaksanakan di kilang pembungkusan Minyak Masak Ikhwan oleh juruteknik GISBH yang mengendalikan mesin. Dan proses pembungkusan minyak masak telah bermula.

Sehingga kini proses pembungkusan telah berjalan dengan baik dan telah melakukan proses pengedaran ke Pasaraya Ikhwan Sungai Buloh dan Ikhwan Mart di sekitar Lembah Klang. Kini boleh didapati Minyak Masak Ikhwan di seluruh cawangan Ikhwan Mart.