Home » Malaysia » PERASMIAN IKHWAN CAFE BANDAR BARU BANGI

PERASMIAN IKHWAN CAFE BANDAR BARU BANGI

Bersempena dengan keberkatan bulan kelahiran Baginda Rasulullah SAW, pada 30 Oktober 2020 telah berlangsungnya perasmian Ikhwan Cafรฉ di Bandar Baru Bangi, Selangor. Majlis berjalan dengan mematuhi SOP yang ditetapkn oleh pihak berkuasa.

Majlis yang dihadhiri oleh YBhg. Tuan Mohd Fadhil Yasin, Ydk PRZ, Tuan Amin Sani dan Setiausaha Encik Uqbah Mohd Fadhil. dimulakan dengan selawat dan pemotongan riben disusuli menandatangani plak perasmian.

Ikhwan Cafรฉ, Bandar Baru Bangi telah mula dibuka pada tahun 2019 dan telah dinaik taraf. Atas saranan Ybhg. Tuan Mohd Fadhil Yasin utk Ikhwan Cafรฉ, Bandar Baru Bangi juga membuat masakan Barat (Western Food), yang mana sebelum ini Ikhwan Cafรฉ hanya menyediakan masakan berlauk, masakan panas dan Nasi Arab. Ikhwan Cafe Bandar Baru Bangi juga menjual produk bakeri seperti kek, roti dan pencuci mulut yang turut mendapat sambutan.

Ybhg. Tuan Mohd Fadhil Yasin sempat meluangkan masa melawat kawasan premis diiringi oleh Tuan Aminuddin Sani dan YBhg. Puan Roqaiyah Zakaria juga telah membuat percubaan makanan menu yang terkini. Antara teguran dari YBhg. Tuan Mohd Fadhil Yasin perlunya dirasa dahulu setiap masakan untuk dihidang pada tetamu, itulah sebagai tanda penuh rasa hamba dan setiap kali masak menepati citarasa pelanggan.

Untuk segala kelengkapan masakan Western telah disediakan antaranya seperti pressure cooker. Juga ditingkatkan kemahiran staf dengan dihantar para tukang masak berkursus di GH Corner Enstek.

Antara tarikan disini ialah Menu Secara Online, yang mana pelanggan hanya perlu imbas pada QR Code untuk mengakses menu yang di sediakan.

Semoga penyediaan makanan yang di sediakan dijamin suci, halal dan berkat agar memberi perkhidmatan kepada masyarakat sekitar Bandar Baru Bangi.