Home » Malaysia » CEO GISBH DITEMURAMAH ASEAN CHAMBER OF COMMERCE UNTUK PROGRAM SUCCESS SIFU2020

CEO GISBH DITEMURAMAH ASEAN CHAMBER OF COMMERCE UNTUK PROGRAM SUCCESS SIFU2020

Alhamdulillah, baru-baru ini pada 16 Julai 2020, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah ditemuramah oleh wakil dewan perniagaan Asean untuk sebuah program anjuran Asean Chamber of Commerce.

Sesi temuramah yang berlangsung selama 1 jam lebih itu adalah dinamakan β€œSuccess Sifu 2020- Konvensyen Sukses Sifu 2020 dan akan disiarkan secara online pada 31 Ogos, 1 & 2 September 2020.

Rakaman temuramah ini berlangsung di Ikhwan Coffee House di Bandar Country Homes, Rawang.

Antara tetamu yang juga pernah ditemuramah adalah seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Noor dan ramai lagi. Pengacara program ini ialah Dato Sohaimi Shahadan, yang merupakan Timbalan Presiden Asean Chamber of Commerce & Industry.

Tujuan program ini disiarkan adalah untuk memperkenalkan syarikat-syarikat korporat Bumiputera seperti GISB Holdings kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk menarik minat tentang perniagaan serta memberikan panduan serta tips kepada penonton.

YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH berkongsikan antaranya tentang peranan manusia sebagai hamba dan khalifah, tujuan perniagaan GISBH yang menitik beratkan hal Insaniah Manusia.