Home » Arab Saudi » MAJLIS MENANDATANGAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA GISBH DAN DEEMAH, ARAB SAUDI

MAJLIS MENANDATANGAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA GISBH DAN DEEMAH, ARAB SAUDI

RIYADH Jun 2021 – GISB Holdings Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UNITED FOOD INDUSTRIES CORP. LTD. CO.  atau lebih dikenali DEEMAH di Riyadh, Arab Saudi bagi menjalinkan persefahaman perniagaan di antara dua pihak.

Dengan termeterainya memorandum ini DEEMAH, yang beroperasi sebagai perusahaan dalam pembuatan dan pengeluaran produk makanan, telah bersetuju untuk melantik GISBH sebagai pengedar tunggal untuk mengedar dan menjual produk makanan DEEMAH untuk wilayah Asia Tenggara.

MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan Presiden United Food Industries Corp. Ltd. Co., En Khaled Mohammed Al-Akeel di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi di Al Safarat, Riyadh.

Majlis turut disaksikan oleh En Ahmad Irham Ikmal Hisham, Menteri Kaunselor sebagai wakil TYT Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Dato’ Abdul Razak Abdul Wahab yang sekarang berada di tanah air.

Antara yang hadir di pihak GISBH pula ialah Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Tuan Nasiruddin Mohd Ali, COO GISBH Tuan Hasnan Abdul Hamid dan Ahli Lembaga Penasihat GISBH Tuan Nik Hazani Nik Muhammad.

Dengan termeterainya memorandum ini, GISBH akan mengimport produk-produk biskut terpilih yang terkenal keluaran Deemah dan dipasarkan ke seluruh Malaysia, seterusnya ke Indonesia, Singapura dan Thailand

Menjadi hasrat dan cita-cita pimpinan GISBH agar seluruh lapisan masyarakat Islam di Asia Tenggara khasnya memperolehi biskut yang benar-benar terjamin kehalalannya hasil tangan umat Islam sendiri.

Ia adalah hak asasi seluruh umat Islam demi mendapatkan hati yang bersih suci kerana hati seseorang itu ditempa mengikut apa yang ia makan.

Moga usaha-usaha ini menjadi sumbangan GISBH dalam melahirkan masyarakat umat Islam yang bertakwa yang bebas dari gejala maksiat dan keruntuhan akhlak.