Home » Luar Negara » GISBH SERTAI WORLD HALAL DAY DI RUSIA

GISBH SERTAI WORLD HALAL DAY DI RUSIA

Buat julung kalinya satu program bertaraf dunia iaitu Sidang Kemuncak Volga (Volga Investment Summit) dan Hari Halal Dunia (World Halal Day) di adakan di negara Rusia bertempat di Samarskaya Street, Kuibyshev Square & Lotte Hotel, Samara, Russia dari 3 hingga 5 Oktober 2019.

GISB Holdings salah satu syarikat dari Malaysia pertama kali turut menyertai program tersebut yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif GISBH Ybhg Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengarah Lembaga Penasihat Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan Ahli Lembaga Pengarah GISBH.

Program itu diadakan oleh satu badan bernama United World Halal Development (UNWHD) bertujunan meningkatkan potensi rantau Samara dan Persekutuan Rusia dalam menjalankan pengeksportan produk dan perkhidmatan Halal di dalam dan luar Rusia sehingga ruang perniagaan diperluaskan ke wilayah-wilayah Islam di Rusia. Ianya juga bertujuan meningkatkan pelaburan Rusia khususnya, wilayah Samara serta menarik pelaburan asing terutamanya dari negara-negara Arab Timur Tengah, Afrika dan Asia.

GISBH mendapat perhatian para wartawan Turki dan Rusia di mana berita kehadiran GISBH disiarkan di akhbar Turki dan Rusia. CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten diambil kesempatan oleh wartawan Rusia untuk ditemuramah.

GISBH juga membuka satu booth di program World Halal Daya, Samara dengan memperkenal dan menjual produk GISBH. Booth GISBH mendapat sambutan yang dari kalangan pengunjung terutamanya dari masyarakat tempatan, Samara.

Dengan kehadiran GISBH di Samara ini akan menyemarakkan lagi hubungan sesama Muslim antara Muslim di Rusia dan di Malaysia.