Home » Indonesia » PENGERUSI EKSEKUTIF GISBH RASMIKAN PENANAMAN PADI PERDANA DAN PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR BOGOR

PENGERUSI EKSEKUTIF GISBH RASMIKAN PENANAMAN PADI PERDANA DAN PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR BOGOR

GISBH Indonesia kini telah menggiatkan aktiviti Sektor Penternakan dan Perladangan, menerusi kegiatan penanaman padi dan penternakan ikan air tawar.

Pada 1 Julai 2020 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif GISBH Ybhg Datuk Mohd Rasidi Abdullah telah merasmikan Penanaman Padi Perdana menggunakan alat teknologi ‘transplanter’ dan juga merasmikan kolam ikan di Sawah Muara Bogor, Indonesia, yang dikendalikan oleh GISBH.

Perasmian tersebut dihadiri juga oleh Bapak Asep, iaitu Koordinator Kebun Percobaan Muara, milik Kementerian Pertanian Republik Indonesa, yang melalui beliau GISBH bekerjasama dengan kerajaan Indonesia, termasuk dalam penggunaan alat-alat seperti ‘transplanter’.

Dengan penggunaan ‘transplanter’ ini memudahkan proses penanaman dan menjadi penyelesaian kurangnya minat orang di Indonesia di bidang pertanian. Diantara kelebihannya, ia memudahkan pengaturan jarak penanaman pokok padi di antara satu dengan yang lain.

Selain itu, di Muara, terdapat satu kawasan di mana terdapat kolam yang sebelumnya sudah lama tidak digunakan tetapi GISBH merawatnya, dan memperbaiki semula, mengisinya dengan air dari gunung yang sentiasa mengalir.

Perawatan dilaksanakan dengan teknologi yang di kenali sebagai Enzim Fateh sehingga air yang keruh dan nampak kotor menjadi jernih. Enzim Activator Fateh ini juga bertindak merawat air menjadi sihat untuk ikan dan mikroorganisme yang baik dan menjadikan makanan ikan tumbuh berkembang dengan cepat sehingga makanan semulajadi untuk ikan bertambah banyak di kolam.

Pada hari yang sama, kolam tersebut dirasmikan oleh YBhg Datuk Mohd Rasidi Abdullah dengan melepaskan 2500 ekor ikan tilapia berukuran 15 hingga 20 ekor per kilogram.

Untuk memeriahkan kolam tersebut turut ditambahkan lapan ekor ikan kap biasa dengan berat 3.8 kg seekor dan enam ekor pula dengan berat 2 kg seekor juga dua ekor ikan kap rumput dengan berat 5.5 kg seekor.

Hadir sama ialah barisan kepimpinan GISBH zon-zon di Indonesia, Pak David, Pak Asep berserta stafnya, juga Pak Dadi yang bertugas di Jabatan Pertanian Indonesia di Bogor.

Semoga Allah merahmati segala usaha dalam memperbanyak khidmat kepada masyarakat Indonesia.