Home » Qatar » Doha » SILATURRAHIM, ZIARAH, DAKWAH DAN TIJARAH GISBH DI QATAR

SILATURRAHIM, ZIARAH, DAKWAH DAN TIJARAH GISBH DI QATAR

GISB Holdings dibawah barisan kepimpinan kini, terus mengorak langkah mewibawakan syarikat di peringkat antarabangsa. Bermula dengan pendidikan membangun jiwa dan sahsiah diri sehinggalah kepada semua aspek perkhidmatan yang diperlukan oleh semua lapisan masyarakat.

Alhamdulillah, dengan keberkatan Baginda Rasulullah SAW pada pertengahan bulan November 2021, GISBH diketuai Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali selaku Pengerusi Eksekutif bersama ahli rombongan terdiri daripada kepimpinan utama GISBH telah mengadakan satu lawatan ke negara Qatar bagi menjalinkan silaturrahim bersama kenalan GISBH di bumi Qatar.

Setelah beberapa hari berada di Qatar, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan dijemput menjamu selera oleh kenalan GISBH di Qatar, Syeikh Yousif Al-Jaber di sebuah restoran mewah bernama Bayt El Talleh.

YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali bersama 9 orang ahli rombongan yang lainnya telah diperkenalkan kepada rakan-rakan perniagaan Sheikh Yousif Al Jaber yang hadir dari Sweden, India dan Filipina. Restoran Lubnan itu, terletak di bandaraya Doha tidak jauh dari Kedutaan Malaysia. Merupakan restoran mewah yang terletak di atas bukit buatan manusia yang bukan sahaja telah ditanam rumput-rumput dan pokok-pokok yang menghijau, malah dibuat anak sungai berbatu yang mengalir airnya. Di bahagian anjung luarnya pula mempunyai pemandangan laut dan bangunan-bangunan tinggi di Doha yang sangat indah dan menarik.

Menyingkap perkenalan awal bersama Syeikh Yusof Al- Jabeir yang merupakan Pengerusi International Business Delegation atau Delegasi Perniagaan Antarabangsa. Juga merupakan Ahli perniagaan yang terlibat dengan Dewan Perniagaan Qatar pernah ke Malaysia dan berkenalan dengan GISBH di Kuala Lumpur, telah mengalukan kedatangan rombongan GISBH ke Qatar.

Pertemuan penuh makna ini banyak memberikan pendedahan khususnya maklumat berkenaan negara Qatar, disamping menyingkap sejarah jatuh bangunnya negara itu sebelum menjadi sebuah negara yang sedang pesat membangun seperti dilihat hari ini.

Pada lawatan julung kali ini, Tuan Nasiruddin Mohd Ali bersama rombongan telah direzkikan mengelililngi seluruh bandar Doha, juga mengambil peluang mengunjungi Pasar Awam Qatar bagi tujuan dakwah, perhubungan dan beramah mesra sesama para peniaga, di samping meneliti harga-harga hasil laut di seluruh kawasan pasar sebagai persediaan perancangan pihak GISBH untuk membuka cawangan restoran di Qatar kelak.

Moga dengan usaha pihak GISBH yang diketuai oleh Pengerusi Ekskutifnya YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dalam mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan syarikat di peringkat antarabangsa, memperlihatkankan lagi Islam itu semakin berwibawa dan global.