Home » Thailand » Bangkok » MAJLIS PERKAHWINAN THANAPA DAN PARADA MERIAH WALAU DALAM PANDEMIK

MAJLIS PERKAHWINAN THANAPA DAN PARADA MERIAH WALAU DALAM PANDEMIK

Pada 7 Februari 2021, Love & Care Restaurant, Bangkok, Thailand yang merupakan salah satu rangkaian restoran GISB Holdings telah mendapat tempahan bagi meraikan satu majlis perkahwinan oleh Thanapa dan pasangannya Parada.

Atas panduan dari YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali selaku Pengarah Zon GISB Holdings Thailand, serta YBhg Tuan Muhammad Adam selaku pengerusi Global Ikhwan Foundation Thailand agar Love And Care Restaurant menyediakan segala kelengkapan bagi majlis seperti P.A. System, hiasan majlis, surau, bilik tetamu VIP dan lain-lain yang berkaitan. Makanan dihidang secara buffet dengan pelbagai juadah menu yang disajikan.

Seramai 150 orang telah hadir di majlis ini yang terdiri dari kalangan keluarga, saudara mara dan kenalan kepada pengantin. Walaupun dalam kemeriahan majlis, dalam suasana Pandemik Covid-19, SOP tetap dipatuhi antaranya menyediakan pengimbas suhu badan, hand sanitiser serta pemakaian pelitup muka.

Antara respon dari keluarga pengantin ialah mereka kagum yang mana pada asalnya jemputan dijangka asalnya seramai 100 orang sahaja, tetapi pihak Love And Care Restaurant tetap dapat menyediakan makanan yang cukup serta perkhidmatan sebaiknya.

Begitulah hasil panduan dari para pimpinan syarikiat GISB Holdings agar setiap khidmat yang diberi adalah sebaiknya, untuk mejadi sebaik-baik manusia iaitu yang paling memberi manfaat pada manusia lain.